Thursday, June 4, 2009

Mengharap Sesuatu Yang Tak Pasti

Hidup ini umpama roda,
ada yang naik,ada yang turun,
sama juga dengan cinta,
ada yang kekal,ada yang putus di tengah jalan.

Banyak kata orang,
cinta pertama, cinta yang paling bermakna,
walau sudah bertahun berpisah,
tapi ingatan dia pada cinta pertamanya tidak akan pernah luntur.

Ada yang sanggup menunggu bertahun-tahun,
agar cintanya diterima semula,
ada juga yang sanggup bersendiri,
menunggu cinta pertama yang tak pasti.

Membuat keputusan menyepikan diri,
agar dapat melupakan kenangan lama,
hari ditempoh demi hari,
agar terkikis rindu di hati.

Tapi dengan takdir Allah yang maha esa,
tidak diduga ahkirnya bertemu jua,
segala kenangan lama kembali menjelma,
walaupun dengan hanya sekilas pandangan,

Rupanya masih tidak ubah seperti dulu,
matanya yang redup, ketawanya yang menghiburkan,
ditambah senyuman yang pernah dan masih memukau hati,
membuatkan diri nya terpaku dan tak keruan.

Segala usaha untuk melupakannya,
musnah sekelip mata,
hati si dia kembali berbunga,
dengan hanya terpandang sekilas wajah gadis itu.

Cuba ditegur malu,
cuba ditanya segan,
hanya mampu berdiri terpaku,
menjadi resah tidak menentu.

Si dia beranikan diri,
malu dan segan ditolak ketepi,
bertanyakan khabar diri,
dengan harapan dapat menenangkan diri.

Tetapi tidak semua cerita romantik itu berakhir dengan kegembiraan,
terkejut si dia apabila melihat cincin emas tersarung di jari,
ditanyakan sudah berpunya,
jawapannya, hanya menunggu hari persandingan.

Hancur luluh hati si dia,
rasakan dunia ini sudah tiada makna,
tetapi air muka harus dijaga,
masih tersenyum walaupun hatinya duka.

Belum sempat si dia bertanya,
si gadis itu berkata,
jangan ganggu hidupnya lagi,
takut dituduh tidak setia dengan janji.

Bertambah terluka hati si dia,
berharap untuk bertegur sapa,
senyuman yang diberi,
herdikan yang diterima,

Terus berlalu gadis itu tanpa sebarang kata,
hampir menitis air mata si dia,
8 tahun setia menunggu,
hari ini tamat segalanya.

Termenung seketika si dia,
memandang laut ketika bulan cerah di kepala,
apa yang dikejar selama ini,
hanyalah perasaan syok sendiri sahaja.

Sudah tiada apa yang perlu dia tunggu lagi,
mengharapkan cinta pertama,
yang sudah pasti tidak akan berulang lagi.
Jauh di sudut hati,
masih mengharapkan si dia kembali,
biarlah takdir yang menentukan,
diriku untuk siapa dan dirinya untuk siapa.

0 comments:

Post a Comment